Ahmad Maslan Berpantun Ke Menyanyi Sebenarnya Ni Dalam Parlimen. Ia Ditujukan Khas Untuk Kerajaan. Disertakan Lirik

Ahmad Maslan Berpantun Ke Menyanyi Sebenarnya Ni Dalam Parlimen. Ia Ditujukan Khas Untuk Kerajaan. Disertakan Lirik

KUALA LUMPUR: Walaupun hanya 10 minit diperuntukkan untuk berbahas, Datuk Ahmad Maslan (BN-UMNO Pontian) sempat mencuri masa mengungkap lima rangkap ‘pantun SST’.

Dengan intipati perbahasan yang sebahagian besarnya menyentuh aspek Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), beliau mengakhiri perbahasan dengan pantun berikut:

ABCD SST

Harga akan melambung tinggi, Cukai yang dah tidak diguna lagi, Oleh majoriti negara dunia kini

ABCD SST

Rakyat terbanyak perlu ketahui, Cukai tak telus dan tersembunyi , Dalam harga tinggi menjadi

ABCD SST

Pengundi tidak sangka jadi begini, Ingat mansuh GST tiada cukai lagi , Rupanya beban bertambah diberi

ABCD SST

Kenalah ditanggung suami isteri, Rasa menyesal dalam hati, Mereka tidak akan memberi undi

ABCD SST, Janji hanya tinggal janji

Masa terhad turut menyaksikan Ahmad enggan memberi laluan kepada Wong Shu Qi (PH-DAP Kluang) dan RSN Rayer (PH-DAP Jelutong) mencelah sambil menjawab: “Kalau menarik, kita jumpa di kafetaria.”

Membahaskan usul titah diraja, Ahmad berkata, pelaksanaan semula SST boleh meningkatkan ketirisan dan penipuan cukai, sekali gus mengurangkan hasil kepada kerajaan.

“SST bakal mewujudkan aktiviti ‘lari membayar cukai’ dalam kalangan pihak tertentu, selain meningkatkan pasaran ekonomi gelap.

“Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) menyebut SST akan mengembalikan trend lama iaitu ‘pelarian cukai’ dan meningkatkan aktiviti pasaran ekonomi gelap atau ‘black economy’

“SST juga akan mewujudkan ‘cukai atas cukai’ apabila kadarnya dinaikkan kepada 10 dan enam peratus.

“Ini bermakna barang berharga RM100 boleh menjadi RM110 atau RM165 apabila tiba kepada pengguna,” katanya.

SUMBER : BHARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *