AKHIRNYA keputusan untuk melaksanakan SST telah diputuskan di Parlimen. Jadi apa kata korang dengan keputusan ini. Setuju atau tidak?

AKHIRNYA keputusan untuk melaksanakan SST telah diputuskan di Parlimen. Jadi apa kata korang dengan keputusan ini. Setuju atau tidak?

VIDEO PENUH DISINI

Dewan Negara yang masih dikawal BN hari ini meluluskan Rang Undang-undang Jualan 2018, salah satu dari lima rang undang-undang, bagi membolehkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dikembalikan.

RUU itu lulus dengan undian suara. Bagaimanapun masih tidak jelas sama ada senator BN menyokongnya.

Anggota Dewan Rakyat daripada BN telah mengundi menolak SST dalam sidang yang berakhir 16 Ogos lalu.

Seramai 32 senator mewakili BN manakala PAS pula tiga orang daripada keseluruhan 55 anggota Dewan Negara.

Empat lagi RUU yang akan dibentangkan kerajaan hari ini adalah RUU Cukai Perkhidmatan 2018, RUU Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) (Pemansuhan) 2018, RUU Kastam 2018 dan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018.

Kerajaan baru Pakatan Harapan merancangkan memperkenalkan semula SST bermula 1 September depan bagi menggantikan GST.

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *