Kata Tun M, AS tak bantah pun jika Malaysia Nak Ambil Equanimity. Siap kerajaan AS bantu hantar dalam penyerahan Equanimity tu lagi.

Kata Tun M, AS tak bantah pun jika Malaysia Nak Ambil Equanimity. Siap kerajaan AS bantu hantar dalam penyerahan Equanimity tu lagi.

VIDEO PENUH DISINI

Perdana menteri berkata AS tidak membantah apabila kerajaan memaklumkan lebih awal mengenai hasratnya mengambil kapal persiaran mewah Equanimity.

Kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut maklumat yang ada pada Putrajaya, pihak berkuasa AS tidak menyatakan bangkangan terhadap niat Malaysia.

“Setakat yang kita tahu mereka (AS) tidak membantah langkah kerajaan mengambil alih kapal berkenaan. Kita memberitahu (mereka) sebelum itu,” katanya kepada Malaysiakini di Hangzhou, China, hari ini.

Perdana menteri berada di situ kerana melawat ibu pejabat syarikat automobil China, Zhejiang Geely Holding Group.

Terdahulu Dr Mahathir ditanya mengenai langkah kenyataan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS yang sekali lagi menegaskan mereka tidak mempunyai peranan dalam proses pemindahan hak penjagaan Equanimity kepada Malaysia.

Ia dimaklumkan kepada Mahkamah Daerah California Tengah, pagi tadi (waktu Malaysia) semasa mereka mengemas kini maklumat berhubung kapal layar yang dikaitkan dengan dana 1MDB itu.

“Dalam koresponden dengan kerajaan baru-baru ini, pihak menuntut (Equanimity (Cayman) Ltd) mendakwa bahawa kerajaan AS telah bekerjasama atau membantu dalam penyerahan kapal layar dari Indonesia ke Malaysia.

“Bagaimanapun, selain tindakan yang digariskan dalam Perenggan 7 di atas – yang mana kedua-duanya adalah perlu dan sesuai untuk mengekalkan keselamatan kapal layar itu – kerajaan AS tidak mengambil bahagian dengan Indonesia untuk memindahkan kapal layar ke Malaysia,” kata kenyataan itu.

Dakwaan DOJ itu dilihat bercanggah dengan kenyataan pihak berkuasa Malaysia – termasuk Dr Mahathir – bahawa AS terlibat dalam proses berkenaan.
Low pula berkali-kali menuduh Putrajaya dan Jakarta melangkaui kuasa mahkamah AS dan Indonesia.

Sementara itu ketika Dr Mahathir ditanya mengenai tuduhan ahli perinagaan Jho Low bahawa beliau berbohong mengenai pembabitan AS dalam proses berkenaan perdana menteri enggan memberi kenyataan lanjut.

“Saya tak mahu memberi komen mengenai Jho Low,” katanya.

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *