DR Maszlee dakwa peruntukan MyBrain tidak sampai ke kementerian

Setelah Hebat Di Hentam Oleh Rakyat. Akhirnya, Dr Maszlee Buka Mulut Dan Jelaskan Mengenai Program MyBrain.

PUTRAJAYA 30 Julai – Keputusan menangguhkan program MyBrain15 adalah kerana peruntukan RM90 juta tidak pernah sampai Kementerian Pendidikan.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, ia adalah langkah politik daripada kerajaan terdahulu memandangkan peruntukan RM90 juta sememangnya tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan pengajian penerima.

Beliau berkata, keseluruhan kos yang perlu ditanggung adalah RM612 juta dan ini memberikan implikasi yang besar.

“Kementerian sentiasa prihatin terhadap masa depan dan sokong segala usaha untuk menjadikan rakyat dapat akses kepada pembelajaran di peringkat siswazah dan kedoktoran,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Tahunan 2017 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Menerusi program “Bicara Khas Bersama Menteri” terbitan RTM pada 25 Julai lepas, Maszlee memaklumkan bahawa program MyBrain iaitu skim pembiayaan pendidikan oleh Kementerian Pendidikan untuk Sarjana (Master) dan Kedoktoran (PHD) ditangguhkan.

Jelasnya, program tersebut ditangguh kerana kerajaan sebelum ini meninggalkan hutang yang begitu banyak.

Tambah Maszlee, peruntukkan besar RM612 juta bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi serta keadaan ekonomi semasa.

“Saya cakap ditangguhkan kerana kelulusan bukan di pihak kami. Kalau di pihak kami, kami ingin semua pihak dapat belajar tapi pemberian wang itu bergantung kepada Kementerian Kewangan,” katanya.

Justeru Maszlee menegaskan pihaknya tidak akan melupakan 10,000 penerima yang akan melanjutkan program MyBrain ini. – BERNAMA

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *