[FOTO DAN VIDEO] Kenali Ayana Jihye Moon, Ahli Kumpulan K-Pop Yang Cantik Masuk Islam Mengenakan Hijab

Yang muallaf pun melekat tudung kat kepala, apatah lagi kita yang memang Islam ni kan. Hehehe Wajahnya juga adalah semula jadi dan tidak melakukan apa-apa pembedahan. Wow. Alhamdulillah

Agama Islam mungkin bukanlah agama yang terkenal di Korea Selatan namun penyebaran di negara pengeluar Samyang itu semakin meluas kerana sudah ramai rakyat di negara tersebut telah pun memeluk Islam termasuk selebriti.

Ini terbukti apabila salah seorang gadis cantik daripada kumpulan K-Pop F-VE Dolls iaitu Ji-Hye Moon atau lebih dikenali sebagai Ayana Ji-Hye Moon telah memeluk Islam pada tahun 2012.

Gadis berusia 23 tahun mula menjadi perhatian apabila mula memuat naik gambarnya yang berhijab pada November 2015.

 

Bukan itu sahaja, dia yang berasal dari Seoul itu juga pernah datang ke Malaysia dan Indonesia untuk beberapa sesi temubual dan berkawan rapat dengan salah seorang Instafamous Malaysia iaitu Farah Lee.

Kecantikan semula jadi…
Ayana yang menggunakan nama @xolovelyayana di laman Instagram miliknya telah membuat pengakuan bahawa wajahnya adalah semula jadi dan tidak melakukan apa-apa pembedahan.

Jangan buat apa-apa spekulasi…

Walau bagaimanapun, kumpulan itu telah dibubarkan pada penghujung tahun 2015 dan antara lagu yang menjadi siulan peminat adalah Lip Stains, Your Words atau Like This or That.

Beruntung Ayana Jihye Moon kerana diberikan hidayah untuk memeluk Islam dimana hanya individu tertentu sahaja dipilih untuk mendapat petunjuk. Semoga agama Islam lebih meluas ke negara lain.

Memang akan banyak cabaran pada awalnya namun anggap saja itu adalah ujian Allah untuk menguji setebal mana pendirian kita terhadap Islam. Apa pun, kita harus berdoa, istiqamah dan percaya Allah takkan memberikan ujian diluar kemampuan hambaNya.

VIDEO :

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : OhMyMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *