Haiwan Aneh Mengeluarkan Suara Menakutkan Ditemui Dan Ditangkap

Haiwan Apakah Yang Aneh…. Apakah Ini?

Seekor haiwan yang aneh dan pelik telah menakutkan beberapa orang penduduk di Indonesia.
Beberapa rakaman video yang memaparkan seekor haiwan begitu ganjil telah berjaya ditangkap oleh beberapa orang penduduk di Indonesia.

Haiwan aneh itu mengeluarkan bunyi suara yang menggerunkan dan menyebabkan ramai orang berasa takut jika mendengarnya.

Menurut laporan media tempatan, lokasi sebenar tempat rakaman video tersebut diambil tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, apa yang pasti haiwan itu ditangkap oleh para penduduk ketika berada di pinggir longkang.

Menurut penduduk, haiwan itu tidak ganas dan bukan pemakan daging tetapi penduduk tetap berhati-hati kerana masih belum diketahui dengan jelas sama ada ia boleh menyerang manusia atau tidak.

Berdasarkan rakaman video amatur itu, kelihatan haiwan ganjil tersebut yang mempunyai bulu seakan-akan seperti bulu kucing dan binatang pelik berkenaan juga dikatakan boleh terbang.

Lebih aneh, kepalanya pula berbentuk seperti tikus sawah. Jom lihat video di bawah ini!

VIDEO:

#SubhanAllah!!!!Haiwan Aneh, Suara MenakutkutkanBerjaya Ditangkap

Posted by Nizam Adam KB on Friday, December 23, 2016

Ada sesiapa tahu haiwan apa ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *