Lelaki yang berjaya membodohkan Wall Street, Hollywood dan seluruh Dunia tidak akan menyerah diri. Malah, turut menuduh perbicaraannya tidak akan diadili secara adil.

Lelaki yang berjaya membodohkan Wall Street, Hollywood dan seluruh Dunia tidak akan menyerah diri. Malah, turut menuduh perbicaraannya tidak akan diadili secara adil.

Video :

PETALING JAYA: Low Taek Jho, yang melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia dan beberapa negara lain atas peranannya dalam hal 1MDB, hari ini berkata dia tidak akan menyerah diri kerana katanya tidak akan diadili secara adil ditengah-tengah “perbicaraan oleh media”.

Ahli perniagaan yang dikehendaki itu berkata perbicaraan oleh media menyebabkan mustahil baginya diadili secara adil.

“Saya tidak akan menyerah diri kepada mana-mana kuasa di mana kesalahan telah ditentukan lebih awal oleh politik dan kepentingan diri mengatasi proses undang-undang,” kata Low dalam kenyataan kepada FMT yang dikeluarkan firma perhubungan awam yang berpangkalan di Sydney, Australia.

Video :

Ia adalah serangan terbaharu ahli perniagaan itu terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas serahan kapal Equanimity. Pihak berkuasa Amerika Syarikat mendakwa ia dibeli Low menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB.

Low juga menyelar Wall Street Journal (WSJ), menuduh akhbar itu melanggar etika kewartawanan apabila laporannya hari ini mengatakan China menggunakannya untuk tawar-menawar dengan Dr Mahathir sebelum kunjungan perdana menteri ke Beijing.

Beliau berkata penulis sebalik laporan itu memberi penceritaan pro-Mahathir sebagai permulaan kepada buku yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

“Artikel WSJ hari ini jelas dirancang oleh rejim Dr Mahathir, yang bekerja dengan wartawan ini ke arah matlamat yang sama: Wartawan WSJ akan menerbitkan buku bulan depan yang mereka cuba jual, manakala Dr Mahathir berniat untuk memajukan agenda politiknya yang korup dengan meletakkan kesalahan tanpa apa-apa bentuk proses undang-undang,” kata kenyataan itu.

Laporan WSJ, memetik sumber yang tidak dinamakan dari Singapura dan Malaysia sebagai berkata China mungkin melindungi Low, ditulis oleh antaranya, Tom Wright dan Bradley Hope, yang terlibat dengan pendedahan tentang 1MDB yang diterbitkan WSJ pada 2015.

Low dipercayai merujuk kepada buku baharu oleh mereka, “Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World”, yang menumpukan pada peranan Low dalam hal 1MDB.

Low hari ini sekali lagi berkata beliau menjadi mangsa “perbicaraan oleh media”, dengan laporan berdasarkan “kebocoran daripada pendakwa dan pegawai kerajaan yang tidak berminat dengan kebenaran”.

“Sebelum apa-apa bukti dibentangkan di mana-mana mahkamah, termasuk di Amerika Syarikat, wartawan ini telah menghukum, menyokong rejim Dr Mahathir yang telah membuktikan ia betul-betul tidak pedulikan apa-apa yang menyerupai proses undang-undang yang adil,” kata kenyataan itu.

Sumber : FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *