Sampai Terkoyak Kelambu Kaabah,- Kata Ustaz Ahmad Dusuki. Allahuakbar! Semoga semuanya selamat di sana.

Sampai Terkoyak Kelambu Kaabah,- Kata Ustaz Ahmad Dusuki. Allahuakbar! Semoga semuanya selamat di sana.

VIDEO PENUH DISINI

Tular di media sosial apabila Mekah dilanda ribut dan angin kencang yang menyebabkan jemaah haji ‘tersangkut’ untuk menunaikan rukun Islam kelima itu kira-kira jam 12 malam tadi waktu tempatan.

Penceramah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki turut berkongsi pengalamannya di sana dan memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya.

“Kejadian ribut pasir pada malam 9 Zhulhijjah boleh di katakan berlaku setiap tahun akhir akhir ini, Di padang arafah ribut pasir ini meruntuhkan beberapa khemah dan memutuskan bekalan elektrik seketika yang sering sahaja terjadi.

Sewaktu sujud solat maghrib di rakaat yang ketiga, tetiba angin yang deras berpusar pusar di atas Baitullah mengoyakkan kelambu kaabah yang kebetulan akan di salin dan di pakai yang baru untuk keesokan hari, ” tulisnya di ruangan kapsyen.

“Ada tanda yang Allah ingin sampaikan kepada hamba!! hanya mereka yang di buka hati nampak jelas tanda sebegitu.. wallahualam. Di Masjidil haram malam 9 zhulhijjah 1439,” tulisnya lagi.

Perasaan bimbang mula terdetik di hati netizen setelah melihat video berdurasi satu minit itu dan meninggalkan komen dalam ruangan video tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut telah memusnahkan beberapa buah khemah dan telah memutuskan bekalan elektrik (blackout).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *