Kerajaan Umumkan Bantuan Sara Hidup Untuk Aidiladha. Mari Periksa Samada Anda Layak Untuk Terima Rezeki Hari Raya Ini Atau Tidak

Kerajaan Umumkan Bantuan Sara Hidup Untuk Aidiladha. Mari Periksa Samada Anda Layak Untuk Terima Rezeki Hari Raya Ini Atau Tidak

Hampir 4.1 juta terima Bantuan Sara Hidup sebelum Aidiladha

Menjelang sambutan hari raya Aidiladha ini yang dijangka pada 22 Ogos 2018, kerajaan bersetuju untuk membuat pembayaran peringkat ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018, maklum Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Kerajaan berharap dengan pemberian BSH ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidil Adha nanti.

“Kerajaan bersetuju agar pembayaran peringkat ketiga BSH 2018 dibuat mulai 15 Ogos 2018 (Rabu).

“Pembayaran ini akan melibatkan hampir 4.1 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 billion,” kata Lim dalam suatu kenyataan hari ini. SUMBER : Malaysia KINI

DAHULU BR1M
Kabinet bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan kewangan kepada golongan sasar.

Namun bantuan tersebut tidak lagi dikenali dengan nama Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Ianya diganti kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) yang baru diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan.

KATEGORI BSH
Sama seperti BR1M, BSH terbahagi kepada tiga kategori penerima iaitu:

Kategori 1 — Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
Kategori 2 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000.
Kategori 3 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Bagi anda yang telah memohon dan masih belum mendapat status kelulusan, anda boleh ke portal terbaru BSH di https://bsh.hasil.gov.my/

Atau boleh terus ke pejabat Sekretariat MOF di alamat:

Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Anda juga boleh terus hubungi talian 1800-88-2716 atau emel ke [email protected]

Kepada yang tidak mempunyai akaun bank, pihak berkenaan akan menghantar surat baucar kelulusan yang boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berdekatan anda.

Selain itu, antara bank lain yang turut sama terlibat dalam proses pembayaran BSH ialah:

AFFIN BANK
AGRO BANK
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
AM BANK BERHAD
AL RAJHI BANK
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
BANK RAKYAT
MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
BANK SIMPANAN NASIONAL
CIMB BANK BERHAD
CITIBANK BERHAD
HONG LEONG BANK
HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
MAYBANK
OCBC BANK
PUBLIC BANK BERHAD
RHB BANK BERHAD
STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD
Pemberian selanjutnya adalah pada bulan Ogos 2018 nanti melibatkan kategori 2 & 3 sahaja di mana masing-masing akan menerima bantuan RM300 & RM400.

SUMBER : SEMAKONLINE

Kerajaan mansuh BR1M, perkenal bantuan sara hidup rakyat

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *