Kisah Yang Berlaku Di Zaman Khalifah Umar Al-Khattab – Kisah Allah Menjaga Bayi Ini Didalam Kubur. Allahuakbar.

Kisah Yang Berlaku Di Zaman Khalifah Umar Al-Khattab – Kisah Allah Menjaga Bayi Ini Didalam Kubur. Allahuakbar.

VIDEO PENUH DISINI

Kisah ini berlaku pada zaman Saidina Umar Al-Khatab. Umar Al-Khatab sikapnya yang suka berada di masjid iaitu antara waktu Zohor dan Asar atau Asar ke Maghrib dengan tujuan mendengar permasalahan atau keluhan daripada orang ramai. Ada satu hari sedang beliau berada di masjid, hadirnya dua susuk tubuh yang begitu persis sama iaitu dari segi wajah, warna kulitnya, poster tubuh badannya, lenggok jalannya. Kembar. Tapi kembarnya ini sangat unik kerana tiada perbezaan sama sekali sehinggakan Umar Al-Khatab mengucapkan, Subhanallah, Maha Suci Allah.

Seraya berkata saya kepada jemaah disitu dan menyatakan yang dia ingin berbicara dengan insan tersebut. Maka datanglah dua susuk tubuh yang begitu persis itu kepada Umar. Seorang dihadapan dan diikuti dari belakang lelaki yang seorang lagi.

Lalu berkata Saidina Umar, “Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan kalian kembar seperti ini. Adakah yang dibelakang itu adikmu?”, kata Saidina Umar.

Maka jawablah lelaki yang dihadapan tadi dan menyatakan bahawa lelaki yang dibelakangnya adalah anaknya. Lantas sekali lagi Umar berkata, Subhanaallah. Sangat luar biasa, bagaimana Allah menciptakan anakmu persis seperti kamu dan tiada bezanya.

“Wahai Amirul Mukminin, seandainya kamu mendengar cerita bagaimana anak ini dilahirkan pantas kamu lebih berasa kagum dengan Allah”, ujar lelaki yang dihadapan. Pantas Saidina Umar memberhentikan hujah lelaki tersebut dan meminta semua yang ada dimasjid berkumpul dan mendengar cerita daripada lelaki tersebut.

Bermulalah cerita lelaki tersebut.

“Ya Amirul Mukminin, umur anakku sekarang 19 tahun dan pada 19 tahun yang lalu, ada panggilan jihad dan aku telah membuat keputusan untuk mengikut pergi. Namun sewaktu hari berangkat untuk pergi berjihad itu, isteriku telah disahkan hamil. Kami baru beberapa bulan berkahwin.” tutur lelaki tersebut.

Disebabkan itu, isteri lelaki tersebut berasa sedih kerana takut untuk tinggal berseorangan dan tanpa suami disisi dalam menghadapi proses kehamilan. Justeru, sebelum keluar dari rumah untuk pergi berjihad aku telah berkata sambil memegang perut isteriku, “Saya menitipkan bayiku ini kepadamu Ya Allah.”

Dan lantas berkata kepada isterku,

“Tenanglah isteriku, Allah akan menjaga bayi dalam kandunganmu.”

Maka, bermulalah perjalanan jihad lelaki tersebut di medan perang. Namun, setelah lama keluar berjihad lelaki tersebut sedar bahawa sudah 9 bulan dia keluar berjihad dan sudah tiba masa isterinya melahirkan anak mereka. Maka dia memutuskan untuk pulang bagi melihat keadaan isteri dan anaknya. Bagaimanapun, setibanya lelaki tersebut dirumahnya. Keadaan rumahnya kosong malah kelibat isterinya tidak kelihatan. Akhirnya dia pergi mencari isterinya di rumah saudaranya lantas bertanya dimanakah isterinya dan dia dimaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia.

Lelaki tersebut menerima dengan penuh redha perihal kematian isterinya.

“Bagaimana pula keadaan anakku, sempatkah isteriku melahirkannya?” tanya lelaki itu.

Lelaki itu turut dikhabarkan bahawa anaknya tidak sempat dilahirkan kerana isterinya meninggal mengejut tanpa sakit atau apapun. Oleh itu, lelaki tersebut memutuskan untuk pergi semula ke medan jihad pada esoknya dan akan bermalam dirumahnya dahulu.

Sebelum bertolak ke medan jihad, lelaki tersebut meminta izin agar ditunjukkan dimanakah kubur isterinya. Lalu pergilah dia bersama dengan beberapa orang saudaranya ke Perkuburan Baqi, Madinah. Setibanya mereka disana, lelaki tersebut melihat satu kejadian yang aneh dikubur isterinya iaitu debu-debu berterbangan ibarat jenazah baru ditanam dan tidak berlaku di kubur yang lain. Lantas lelaki itu bertanya,

“Bilakah jenazah isteriku ditanam? Hari ini atau kelmarin kerana debu-debunya masih berterbangan atau ada yang menggali kubur isteriku ini.”

Isterimu telah ditanam kelmarin ujar saudara lelaki tersebut dan tiada sesiapa yang menggali kubur isterinya. Malah saudara lelaki tersebut menyatakan bahawa kejadian ini berlaku sejak hari pertama isteri lelaki tersebut dikuburkan. Bahkan dari jauh kelihatan debu-debu tersebut ibarat kubur ini ialah kubur yang baru ditutup.

Disebabkan fenomena itu, lelaki tersebut meminta agar kubur itu digali kerana dia mengetahui bahawa isterinya adalah insan yang baik, taat pada suaminya dan taat pada Tuhannya. Pada saat dia menemui isterinya, jenazah isterinya masih utuh dan sejurus itu anaknya lahir dan berada pada bawah rahim ibunya sedang menangis.

Pantas lelaki tersebut menggendong anaknya serta masih dalam keadaan terkejut. Tiba-tiba keluar satu kata-kata yang tidak diketahui dari mana.

“Ambillah anak ini yang engkau titipkan pada Allah”.

“Wahai Amirul Mukminin, demi Allah. Andai aku titipkan isteriku sekali padaNya pada waktu itu pasti isteriku masih hidup sekarang.” ujar lelaki tersebut.

Ditulis oleh:-

Fadhilah Kamarrudin
sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *