Kata-kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Jika Tiada Skandal 1MDB mungkin akan berlaku sesuatu perubahan. Apakah perubahan yang cuba disampaikan oleh LGE itu

Kata-kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Jika Tiada Skandal 1MDB mungkin akan berlaku sesuatu perubahan. Apakah perubahan yang cuba disampaikan oleh LGE itu

VIDEO PENUH DISINI

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan kerajaan akan menurunkan cukai korporat syarikat jika kewangan fiskal negara berada dalam keadaan baik.

Malah menurut Guan Eng, secara peribadi beliau juga bersetuju dengan cadangan berkenaan kerana ia dapat membantu syarikat tempatan berbanding syarikat luar negara yang mendapat banyak insentif.

Menjawab soalan Senator Khairul Azwan Harun adakah cadangan menurunkan cukai korporat syarikat akan dimasukkan didalam pembentangan bajet 2019 nanti, Guan Eng menjelaskan ia bergantung kepada kedudukan kewangan dan fiskal negara.

Namun berdasarkan keadaan hutang dan komitmen yang terlalu tinggi ia agak sukar untuk dilaksanakan.

Tambah Guan Eng lagi, jika negara tidak dipalit dengan skandal seperti 1MDB dan skandal-skandal lain mungkin cukai korporat syarikat dapat dilaksanakan.

Tetapi sehingga keadaan ekonomi negara bertambah baik, barulah kerajaan akan menimbang cadangan menurunkan cukai korporat syarikat, tambah Guan Eng.

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *