Saya Gaduh Nak Pinjam Moto Dia Je Pun. Siap Suami cakap “Aku doakan kau mati exciden”..

Sekali lagi saya dan suami bertengkar.tak habis lagi pasal duit.apa pon dia beli mesti nak mengungkit min 😐.saya seorang wanita berkerjaya..biasalah hujung bulan kita akan harapkan duit suami sebab duit tinggal nyawa2 ikan. Tapi ini yang berlaku pada saya…

Gambar Hanya Hiasan
Sekali lagi saya dan suami bertengkar.tak habis lagi pasal duit.apa pon dia beli mesti nak mengungkit min 😐.saya seorang wanita berkerjaya..biasalah hujung bulan kita akan harapkan duit suami sebab duit tinggal nyawa2 ikan. segala keperluan saya akui dia tak pernah miss nak beli. susu pampers semua cukup,kira barang dapur semua complete dia topup setiap minggu tapi nanti mesti dia mengeluh cakap duit tak cukup..saya makan nasi dan telur pon cukup.dia hari3 nak makan ayam. lepastu nak salahkan saya..betul ke tak betul?

kalau saya masak ayam saya makan suku ja ayam.dia dengan anak makan separuh pinggan..lepastu mengungkit barang dapur cepat hbis. baru3 ni bateri kereta habis.saya takde duit nak beli,dia pon tolong advance dengan bos nak beli bateri kereta.saya dah cakap beli yang baru.tapi dia degil nak beli jugak second. lepastu bising cakap duit habis padahal bateri second baru rm60😌😌😌😌cara dia cakap macam dia habis 1000.asyik mengungkit la dia banyak habis duit😏..pastu cakap gaji tak cukup blabla saya harapkan duit dia seorang la..

saya baru berhenti kerja dekat pharmasi sekarang sy kerja biasa2 dekat supermarket gaji 1k jek
dulu 2 tahun sye kerja pharmasi dapat 3k .sy bayar semua 1/7 keperluan setiap bulan.dia cuma bayar rumah sewa je setiap bulan.lepastu beli barang dapur sikit2 saya tak bising pon..sebab tula saya decide berhenti kerja.saya malas nak cari kerja yg gaji banyak dah sebab saya tahu nanti dia harapksn saya seorang lagi😏😏

ni anak nak masuk sekola,roadtax mati saya usaha sorang2,.dia ada duit asyik advance dengan bos. nak belanja barang dapur mahal3.tak tahulah nak cakap apa dengan dia.
masuk bab kereta pula dia dan pakcik dia jadi penjamin nak keluarkan kereta atas nama saya
pastu asyik ungkit je dia jadi penjamin.walhal saya bayar deposit semua.. bodoh tak perangai budak3 tu?monthly bayar pon tak tolong.kereta rosak pon off call kalau saya mintak tolong.
kau rasa??saya tak mintak satu sen kereta tu keluar dari dia.tu pon nak memekak
habis dah bersabar saya dengan perangai dia ni.

haritu saya gaduh dengan dia siap dia cakap aku doakan kau mati exciden..padahal gaduh nak pinjam motor dia jek. saya nak bawa pergi kerja sebab minggu lepas dia cuti. semnggu tak kerja.nak jimat minyak sy naik motor..sakit hati betul dengan dia.lagi satu tabiat buruk dia kalau dia tengah marah suka bodohkan babikan,pukimakkan,sial kan sy.cakap macam saya seorang yang jahat…lepastu asyik cakap nak keluar rumah .menyesal kahwin dengan saya la.sakitnya hati..

sejahat3 sy ..saya tak pernah maki dia.maki keturunan dia.sedih sy.sy dah tak cintakan dia start dia pandai naik tangan dekat saya .saya fikir saya ada anak nak besarkan ja.dan saya takda simpanan..sebab tu bila orang tanya kau nak beranak lagi?
saya jawab kuat3 taknak! sampai orang pelik..pernah la dia cakap nak suruh saya pregnant
memang tak la saya nak pregnant lagi.pngasuh bayar dua orang 450 pon dia cakap mahal.. kedekut lagi ada hati nak tambah sorang lagi😏betul sakit hati dengan laki ni.

Dekat tempat kerja saya seorang yg happy gud lucky sampai ada kawan sorang tu pernah nampak sy nangis sorang3 bila gaduh dengan husband sy tak cerita pon dengan kawan saya. kawan saya cakap aku tahu kau ada masalah tapi kau selalu senyum.saya kesat air mata sambil senyum dan gelak2.saya fikir anak3 jek.. sekarang saya banyak elakkan bercakap dengan suami. saya rasa benci sangat dengan dia.sy tahu berdosa…

maafla admin membebel pnjang3..saya cuma nak mluahkan rasa hati yang terpendam..
terima kasih admin🙂kalau ada yang sudi bagi pendapat saya terima..kalau ada yang nak kecam pon saya terima..asalamualaikum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *