Setelah Lama Isu Ini Menular Di Laman Sosial, Akhirnya Pihak Kerajaan Membincangkan Syarat Wajib Bagi Setiap Taska Memasang CCTV. Moga Ianya Menjadi Berita Gembira Buat Semua.

Setelah Lama Isu Ini Menular Di Laman Sosial, Akhirnya Pihak Kerajaan Membincangkan Syarat Wajib Bagi Setiap Taska Memasang CCTV. Moga Ianya Menjadi Berita Gembira Buat Semua.

VIDEO PENUH DISINI

PARLIMEN l Mekanisme pengurusan bagi cadangan pelaksanaan syarat mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) masih di peringkat perbincangan dengan pihak berkaitan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan beberapa pihak supaya langkah itu menjadi syarat membuka taska bagi memantau keselamatan kanak-kanak.

“Untuk menyelesaikan masalah ini, kita bincang dengan agensi-agensi berkenaan seperti siapa yang akan pantau, siapa yang akan pasang dan bagaimana ia hendak diletakkan bagi memantau secara lebih menyeluruh taska-taska ini,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang menyentuh soal ‘memutihkan’ pusat asuhan kanak-kanak tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain mencadangkan jabatan khusus bagi menyelaras semua aspek berkaitan pusat asuhan kanak-kanak.

Dr Wan Azizah berkata cadangan itu akan diteliti dengan lebih mendalam.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata buat masa ini JKM membuat pemeriksaan berkala terhadap taska bagi memastikan ia mengikut kualiti dan peraturan ditetapkan.

“Jika kita dapati ia tidak mengikut peraturan kita akan beri arahan bertulis untuk tutup sementara, sita atau kompaun taska-taska ini,” katanya.

Menjawab soalan asal Noraini mengenai pengasuh berdaftar yang tidak memenuhi kelayakan minimum Kursus Asuhan dan Didikan Awal Permata (KAP), Wan Azizah berkata faktor tukar ganti yang amat tinggi dalam kalangan pengasuh menyebabkan jumlah pengasuh lulus KAP ini masih rendah.

Katanya, ini disebabkan kebanyakan mereka menerima tawaran bekerja sebagai pengasuh sementara menunggu kerja lain mengikut kelayakan mereka.
“Pada 2013, terdapat 5,720 yang telah lulus KAP namun hanya 2,171 yang masih kekal dalam industri sehingga kini,” katanya.

Jelas Dr Wan Azizah, bagi menggalakkan lebih ramai pengasuh menghadiri KAP, kementerian mengambil langkah proaktif termasuk melaksanakan kursus secara dalam talian dengan kerjasama JKM dan UPSI Holdings Sdn Bhd.

Ia menyediakan masa latihan fleksibel dan yuran lebih murah iaitu RM500 berbanding RM900 sedia ada.

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *