Comelnya Dato’ Seri Siti Nurhaliza Cakap Loghat Kedah. Pandai Sungguh Noo.

Comelnya Dato’ Seri Siti Nurhaliza Cakap Loghat Kedah. Pandai Noo.

VIDEO PENUH DISINI

Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza yang buat pertama kalinya pada tahun ini bakal meraikan bersama cahaya matanya, Siti Aafiyah, 5 bulan.

Menurut Siti, sebagai ibu yang pertama kali membuat persiapan raya untuk anak, dia begitu teruja terutamanya dalam bab penyediaan baju raya.

“Selama 12 tahun saya hanya buat persiapan raya utama untuk suami dan rumah sahaja. Namun kali ini ia sangat-sangat berbeza apabila saya perlu memberi perhatian tentang persediaan raya anak terutamanya bab baju raya.

“Awal-awal dah siap fikir nak pakaikan anak baju apa dan paling penting nak baju yang ‘matching’ dengan anak.

“Jadi saya dah tempah dalam 3-4 pasang baju raya yang sedondon dengan anak. Selain itu saya turut sediakan baju kasual untuknya, tetapi yang ni tak sedondon pun tak kisah,” ujar Siti teruja.

Dalam perkembangan lain, kata Siti, selepas hari raya nanti dia akan kembali sibuk dengan kerjaya seni seperti biasa selepas lama berehat.

Malah pada 1-5 Oktober depan, Siti bakal mewakili negara ke Japan Music Festival yang diadakan secara dwi tahunan itu.

“Saya memang sering mendapat jemputan untuk menyertai acara ini, malah ini merupakan penyertaan saya buat kali keenam.

“Insya-ALLAH saya akan membawakan beberapa lagu termasuk lagu tradisional, pop, selain lagu berbhasa Jepun.

“Paling best, saya juga akan membawa Aafiyah ikut sekali ke sana dan kami akan mengambil kesempatan untuk bercuti bersama-sama,” kongsi Siti.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *