Teko gergasi ‘ajaib’ terapung di udara viral di media sosial. Macam mana boleh terapung sendiri tue.

Teko gergasi ‘ajaib’ terapung di udara viral di media sosial. Macam mana boleh terapung sendiri tue.

VIDEO PENUH DISINI

Arca gergasi ‘ajaib’ dalam bentuk teko yang terapung di udara ini dilaporkan terletak di bandar Zunyi, utara China. Video yang mengagumkan ini menunjukkan teko setinggi empat meter ini menuang air ke dalam kolam. Anda pasti tertanya-tanya, bagaimana air di dalam teko tersebut tidak habis dan kolam tersebut tidak penuh, airnya tidak melimpah. Sebenarnya, ia tidaklah ‘ajaib’ atau terapung, terdapat helah yang tersembunyi di sebaliknya.

Menurut laporan, terdapat paip keluli 50 cm diameter yang dipasang dalam lajur air yang memegangnya. Teko ini sebenarnya terletak di atas tiub besar yang tersembunyi oleh air mengalir yang berfungsi untuk menyokongnya dan menyediakan aliran air. Pam air telah dipasang di dalam teko tersebut, yang boleh mengepam air ke teko secara berterusan.

Bandar ini dikenali sebagai “kampung halaman teh Cina”. Video ini dirakam pada 23 Mei. Siapa yang tidak terkejut melihat teko sebesar ini terapung di udara. Ia adalah sama seperti konsep pili air ‘terapung’ yang kita selalu lihat sebelum ini.

Namun, teko terapung sebesar ini adalah sangat menakjubkan dan mempesonakan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *