[VIDEO] Inilah Pohon Gharqad, Satu-satunya Pohon Yang Melindungi Yahudi Semasa Akhir Zaman Nanti

Di Akhir Zaman, Batu Dan Pokok-pokok Boleh Bercakap, Mereka Berkata, Wahai Muslim, Ini Ada Yahudi Sedang Bersembunyi Di Belakangku, Kemari Dan Bunuhlah Dia, Kecuali Pokok Gharqad. Pohon Ini Melindungi Kaum Yahudi

Jawapannya sudah dijawab dalam hadis tentang pohon itu, iaitu pohon Gharqad itu adalah pohon orang Yahudi. Sehingga pokok itu akan melindungi mereka dari dikejar umat Islam.

Dari Abi Hurairah ra. bahawa Nabi SAW bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata di belakang Yahudi,” Wahai muslim, inilah Yahudi di belakangku, bunuhlah! “(HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami ‘As-Shaghir no. 7414)

لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود, فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر, فيقول الحجر أو الشجر: يا مسلم, يا عبد الله, هذا يهودي خلفي, فتعال فاقتله .. إلا الغرقد, فإنه من شجر اليهود “(ذكره في: صحيح الجامع الصغير أيضا -7427)

Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga muslimin memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, “Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuh saja. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), kerana termasuk pohon Yahudi.” (HR Muslim dalam Shahih Jami ‘As-shaghir no. 7427)

Sifat pokok Gharqad

Pohon yang berduri keras dan durinya beracun, tingginya biasanya mencapai 1-2 meter, tetapi saya dengan mata kepala sendiri melihat sebahagian pokok ini di Bukit Saina tingginya mencapai 5 meter.

Akarnya mengeluarkan duri dan zaghab (bulu), khususnya pada bahagian hujung. Daunnya berbentuk seperti sudu kecil, berwarna hijau segar, biasanya sekumpulan 3 daun dilengkapi dengan duri-duri di sampingnya. Sedangkan bunganya berwarna putih kebiru-biruan, dan buahnya berwarna merah bersaiz dengan biji buah Himsh, lebih kurang seperti itu.

Masa bunga dan berbuah: pada musim bunga dan musim panas.

Manfaat perubatan: untuk merawat penyakit tidak boleh buang air, dan buahnya bermanfaat untuk merawat penyakit usus besar dan untuk merawat penyakit kuning.

Pokok ini selalu berdaun di sepanjang musim, sedangkan pertumbuhannya mengalami pembaharuan pada selang antara bulan Mac-April, bunganya berbentuk buqiyyah (seperti terompet), dengan warna merah lembayung (violet) cerah, atau putih dengan lima daun, buahnya bulat dengan warna oren atau merah , lebih kecil daripada biji Himsh (dalam bahas Inggeris: chick-pea), buahnya boleh dimakan, tetapi rasanya masam seperti tomato. Seekor unta jika sakit akan mencari dan datang pada pokok ini untuk dimakan.

Pada musim bunga, pokok ini dipenuhi oleh burung, dan burung pemangsa kecil seperti shurad menggunakannya untuk menyimpan mangsa di duri-durinya.

Pohon yang hidup untuk masa yang lama, tingginya kira-kira 2 meter, daun-daunnya seperti lingkaran, diselingi oleh duri-duri tajam, bunganya putih pucat dengan saiz kecil, buahnya merah dan kecil seperti tomato. Disebut dengan al-Misha ‘, ia adalah makanan kesukaan burung hubara (jenis burung berbadan besar dan berkaki panjang).

Dialah pokok Yahudi yang sekarang ini Bangsa Yahudi beramai-ramai menanamnya, kerana disebutkan kelak di akhir zaman, batu dan pokok-pokok boleh bercakap, mereka berkata, “Wahai muslim, ini ada Yahudi sedang bersembunyi di belakangku, kemari dan bunuhlah dia!” Kecuali pokok Gharqad. Wallaahu a’lam.

video:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *