[VIDEO] Jus Epal Dan Belalai Gajah Untuk Rawat Kanser

Jom Baca Kebaikan Jus Epal Dan Belalai Gajah Ni

Kanser penyakit yang kita paling takot zaman sekarang nie. Bukan mudah nak merawat sakit kanser ni. Kadang kesian tengok pesakit kanser nie kalau lepas kimo atau radioterapi.

Ini kakmanis share pengalaman arwah mak dan arwah mak mertua yang amalkan epal dan belalai gajah ni. Waktu mak kakmanis tau yang dia ada kanser. Memacam cara dia buat. Arwah mak kanser di leher, seolah olah macam beguk. Tapi sebenarnya kanser.

Dari sebesar duit syiling 50sen tumbuh belakang telinga. Kanser merebak cepat, membesar dari leher belah kiri sampai kebelakang telinga belah kiri. Arwah mak ada amalkan minum air nie. Tapi dia perlu tapis sebab ada serdak. Serdak tu akan buat dia rasa gatal dan batuk.

Arwah mak mertua kakmanis ada kanser usus. Dia memang amalkan setiap hari, alhamdulillah kanser tu hilang. Dah nama kanser tetap akan datang kan. Tapi kali nie ada dekat hati pula, takdir Allah mertua kakmanis meninggal lepas operate hati.

Cara-Cara Membuat Jus Belalai Gajah :-

Masukkan setengah atau satu cawan air dalam blender.
Masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti dibawah. Elak basuh dgn air paip.
Masukkan sebiji apple hijau yang dibuang biji dan di potong 8.
Blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia.
Paling cepat berkesan jika diminum pada awal pagi.
Ada sesetengah orang tak boleh telan, boleh masukkan kan lemon sikit. Tapi berpada pada bagi orang yang ada gastrik.

Minum jus belalai gajah ini kenalah pantang dengan makanan seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau herba lain.

Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah.

Cara kegunaan daun belalai gajah atau Sabah snake grass mengikut stage penyakit:

Stage 1 : 30 daun setiap hari

Stage 2 : 50 daun setiap hari

Stage 3 : 100 daun setiap hari

Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari

*Jika pesakit sudah beransur sembur, kurangkan penggunaan daun tersebut.

Sebenarnya banyak khasiat epal dan belalai gajah nie. Nie kakmanis sharekan sekali khasiat dua beradik nie.

Khasiat Belalai Gajah

Cegah kanser
Lancarkan peredaran darah
Buang racun di badan
Cegah kanser prostat
Kawal kencing manis
Kawal darah tinggi
Cegah letih, lesu
Cegah tumor
Antioksidan yang tinggi
Sihatkan gigi
Penguat tulang
Bagus untuk kulit
Bantu menghentikan pendarahan
Kuatkan imunisasi badan
Lambatkan proses penuaan
Khasiat Epal Hijau

Cegah barah
Tinggi zat besi
Tinggi vitamin C
Halang plak kolestrol dalam dinding salur darah
Kurangkan risiko penyakit jantung
Kuatkan fungsi paru paru
Kuatkan tulang dengan tambah mineral pada tulang
Kekalkan berat badan
Kurangkan kekerapan dapat asma
VIDEO:

Moga bermanfaat pada semua.

Sumber: Petua Ibu
Sumber: limaumanis

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *