[VIDEO] Petua Hilangkan Lenguh Badan, Buang Angin Dan Kempiskan Perut

Tubuh Asyik Lenguh-Lenguh Selepas Bersalin? Cuba Amalkan Air Rebusan Ini. Badan Akan Segar Dan Sekali Gus Perut Pun Kempis.

Tubuh asyik lenguh-lenguh selepas bersalin?

Kebanyakan wanita yang sedang berpantang mempunyai masalah yang sama iaitu kurang keyakinan diri. Mana taknya, perut sudah menggeleber, badan sering sakit-sakit.

Orang dulu-dulu tiada masalah seperti ibu muda sekarang, kerana mereka sering mengamalkan ubat ubatan semulajadi yang berdsa disekeliling mereka.

Ini adalah contoh minuman yang sering diamalkan orang dulu-dulu, agar kekal ramping dan segar walaupun selepas bersalin.

Air Rebusan Halia

Bahan-Bahan:

2 Inci Halia yang diketuk
Beberapa helai daun pandan
1 ketul gula batu


Cara-Cara:

Rebus 2 gelas air kedalam periuk, masukkan halia yang sudah diketuk, gula batu dan daun pandan.
Tunggu air tersebut kering menjadi 1/2 daripada 2 gelas tadi.
kemudian tapis air tersebut kedalam gelas dan tunggu sehingga suam.

VIDEO:

Fungsi air ni bagus untuk buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempiskan perut..

Kalau boleh lakukan 2x sehari agar kita boleh rasa keberkesanannya dengan cepat.

Sumber: Azurah Ahmad Via Resepi Orang Kampung
Sumber: Lubukmaklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *