“Ya Allah! Dia Risau Betul Dekat Ibu!”- Azal Sedih Zarina Tak Lagi Dipanggil Berlakon, Netizen Bagi Kata Semangat!

“Ya Allah! Dia Risau Betul Dekat Ibu!”- Azal Sedih Zarina Tak Lagi Dipanggil Berlakon..😭

Pelakon Zarina Zainuddin sering kali mencuri perhatian netizen dengan memuatnaik video mengenai anak kembarnya, Azal dan Azil di laman media sosial Instagram. Malah, Zarina juga sedang sibuk menguruskan bisnes pulut kuningnya.

Baru-baru ini, Zarina ada memuatnaik video anaknya, Azal bertanyakan mengenai dirinya yang sudah lama tidak menjalani penggambaran. Menurut kapsyen luahan hati Zarina di Instagramnya, Azal telah bertanyakan kenapa dia tidak lagi berlakon drama dan pergi shooting. Dia memberitahu kepada anaknya bahawa tiada orang memanggilnya untuk shooting.

Kesian pula jika dilihat wajah Azal dalam video tersebut yang risau ibunya tidak dapat sebarang tawaran berlakon. Menurut Instagram Zarina lagi, kalau orang dah tak panggil bermakna produser dah tak nak ambil berlakon lagi dan stesen TV juga reject.

Namun Zarina percaya bahawa rezeki Allah itu maha terbentang luas. Sama ada mahu atau pun tidak, jika diusahakan maka ianya membuahkan hasil. Malah, dia turut menyuarakan bahawa dia terpaksa pendamkan walaupun dia sangat meminati dunia lakonan.

Pelbagai reaksi positif dan komen daripada netizen yang menonton video tersebut. Netizen turut menyokong kata-kata Zarina rezeki Allah memang terbentang luas. Malah, netizen turut mendoakan agar Zarina terus memperolehi rezeki.

Risau dekat ibu…

Jom lihat video penuh di bawah

Sumber : kisah dunia

Kredit : islamik info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *