SEMASA

Alhamdulillah, Pembayaran BPN akan dibuat bermula Isnin, 6 April 2020 – Menteri Kewangan

PUTRAJAYA – Pembayaran bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini akan disalurkan kepada penerima yang layak bermula Isnin, 6 April 2020.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, pembayaran tersebut akan dibuat secara berperingkat-peringkat membabitkan peruntukan sebanyak RM10 bilion.

“Mulanya kita jangka pertengah atau akhir bulan April ini tetapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bayaran BPN akan dibuat bermula Isnin depan secara berperingkat,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama TV3, di pejabanya, di sini, petang tadi.

Beliau berkata, permohonan dan semakan bermula 1 April lalu menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my.

Terdahulu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan pembayaran akan dibuat pada dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei.

Bayaran tersebut adalah seperti berikut:

• RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April dan RM600 pada bulan Mei.

• RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

• RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April dan baki RM300 pada bulan Mei.

• RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April dan baki RM250 pada bulan Mei.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button