VIRAL

MasyaAllah, Imam Makkah Berbahasa Melayu Doakan Rakyat Malaysia Bebas Wabak Bahaya

Imam dari Masjid Abbad Makkah, Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dilindungi daripada bahaya wabak Covid-19 yang kini telah mencecah 45 kes kematian.

Lebih terharu apabila beliau yang sering menjadi imam pada bulan Ramadan di Malaysia bertutur dalam Bahasa Melayu walaupun kurang fasih sebelum menadah tangan berdoa selama beberapa minit.

Menurut Mohammad Sharif, beliau menunaikan permintaan beberapa sahabatnya di Malaysia yang memohon agar menitipkan doa buat kesejahteraan rakyat negara ini.

“Mereka minta imam (saya) doa untuk Malaysia, Allah selamatkan kita daripada bala wabak koronavirus. Mohon dengar dan kongsi video ini,” katanya.

Pada penghujung video berdurasi empat minit itu, beliau memberikan beberapa amalan dan zikir harian serta surah al-Quran untuk diamalkan supaya kita semua dilindungi Allah SWT.

Imam dari Masjid Abbad Makkah, Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani yang fasih berbahasa Melayu itu turut menyenaraikan empat amalan yang boleh diamalkan umat Islam dalam menghadapi wabak ini.

Antaranya termasuk solat lima waktu, amalan membaca ‘Bismillahillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fissamaie, wa huwas Sami’ul ‘Alim’ tiga kali pada waktu pagi, tiga kali pada waktu malam serta membaca ayat Kursi.

Posting video tersebut dikongsi menerusi laman Facebook Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan sehingga mendapat 10,000 perkongsian serta 13,000 tanda suka.

Rata-rata warganet memberikan komen dimana ramai meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada imam tersebu kerana sudi mendoakan semua rakyat di negara kita.

Sumber : Zahida Zarik Khan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button