SEMASA

“Pohon Doa Semua Yer,” Ebit Lew Tempah 15 ‘Aircond’, 30 Kipas Tinggi Untuk Kegunaan Di Hospital

Wabak pandemik Covld-19 sehingga kini masih diperangi oleh seluruh rakyat Malaysia. Disebalik usaha keras petugas barisan hadapan, terdapat juga pihak tertentu yang sanggup menghulurkan bantuan.

Pelbagai NGO serta individu-individu yang memberi bantuan daripada segi kewangan serta sumbangan kemudahan tampil untuk bersama memerangi virus m4ut ini.

Bagi seorang pendakwah bebas yang bernama Ebit Lew pula, sumbangan yang telah disalurkannya sejak wabak pandemik ini semakin menular tidak perlu dipersoalkan lagi.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di akaun sosial media miliknya, dia ada bertanyakan beberapa pegawai dan doktor mengenai keperluan bantuan kemudahan di hospital. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:


Risau sedih juga dengar persiapan kerajaan untuk gelombang ketiga covld-19. Banyak tempat baru dah mula dibuka. Semua hospital tambah dan luaskan tempat saringan dan kuarantin. Syukur pada Allah tempahan saya untuk 15 aircond portable,30 kipas tinggi, dan kettle dah sampai serta apron, face shield ada 3 ribu unit dan lain-lain.

Tadi saya call banyak hospital. Saya tanya betul ke semua bantuan dah terbuang dan tak perlu semua pertolongan. Saya tak tahu tempat lain. Tapi kami disini masih banyak kekurangan. Perlu ustaz. Semua belum cukup lagi. Ustaz jangan berhenti yer. Teruskan yer. Terima kaseh ustaz. Tolong yer ustaz. Kata doktor tu pada saya. Begitulah ayat semua pegawai yang berurusan dengan saya. Mereka semua beri saya surat permohonan barang dan surat perlepasan.

Syukur hari ini 10 rider motor sentiasa bergerak menghantar bekalan makanan pada asnaf dan yang memerlukan. Pohon doa semua yer agar negara kita selamat dan Allah kembalikan nikmat seperti sebelum ini.

Terima kaseh penduduk di samudra teres dan adik-adik rider semua yer banyak membantu dan semua yang menyumbang. Tak tersebut nama ramai sangat. Semoga Allah berkati hidup tuan puan dan keluarga. YaAllah berilah kami semua kekuatan dan pertolonganMu – Ebit Lew

CIMB 8603546376
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia

Sumber: Ebit Lew via Siakapkeli.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close