SEMASA

Kumpulan Pertama Pesakit Covid-19 Dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Sudah Pulih Dan Boleh Balik

Sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan mengumumkan seramai 91 orang pesakit positif Covid-19 telah sembuh dan discaj dari wad. Jumlah keseluruhan yang telah pulih adalah sebanyak 479 orang.

Menerusi perkongsian dari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan sekumpulan pertama pesakit Covid-19 daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh sudah pulih dan boleh balik ke kediaman masing-masing.

“Alhamdulillah” – Dr Noor Hisham


Sumber: KKM

Kumpulan pertama pesakit koronavirus (Covid-19) di Hospital Tuanku Bainun, Ipoh sudah sembuh dan dibenarkan pulang.

Perkara itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang membuat naik status bergambar menerusi akaun Twiternya di sini malam ini.

“Kumpulan pertama pesakit Covid-19 daripada Hospital Bainun sudah pulih dan boleh balik. Alhamdulillah,” katanya.

Petang tadi, Noor Hisham turut mengumumkan 91 kes disahkan pulih dan dibenarkan pulang.

Jumlah kes pulih dan dibenarkan pulang itu terbesar direkodkan setakat ini, menjadikan kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 479 kes atau 18.2 peratus berbanding keseluruhan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button