SEMASA

Rider Foodpanda Ipoh berpakat turun bantu gelandangan

Dikala terdapat beberapa golongan ‘berduit’ kecoh mengenai bantuan yang diterima rakyat B40, terdapat insan-insan berhati mulia sudah mula bergerak sendiri menyalurkan bantuan.

Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook Viral Perak, memaparkan sekumpulan rider FoodPanda Ipoh telah membuat satu gerakan sukarela mengagihkan makanan kepada gelandang di sekitar tempat.

Guna duit sendiri bantu gelandangan




Difahamkan, kesemua rider yang terlibat menggunakan duit mereka sendiri untuk membeli makanan buat gelandangan, ketika dalam tempoh PKP.

Mereka bukanlah dalam golongan berpendapatan tinggi, bukan usahawan untung berjuta mahupun selebriti, namun semangat untuk membantu sesama insan mekar di dalam jiwa mereka.




Tak kaya harta, tapi kaya jiwa

Lihatlah, mereka memerah keringat dengan pendapatan yang ada untuk membantu orang lain, pergi ke pelusuk tempat untuk mencari insan lain yang lebih susah untuk dibantu.

Malah, para petugas barisan hadapan yang seharian menjalankan tugas juga tidak ketinggalan mendapat bantuan makanan daripada mereka.



Semoga murah rezeki kalian

Melihat kesungguhan para rider tersebut, membuatkan rata-rata netizen meluahkan rasa terharu mereka terhadap sikap mulia yang ditonjolkan.

Golongan B40 bantu B40

Mereka gaji tak seberapa, tapi turut membantu

Mereka ini tidak kaya, tetapi jiwa mereka lebih kaya daripada golongan yang tetap juga menagih bantuan meskipun setiap hari di atas meja masih lagi terhidang makanan lauk pauk yang enak dijamah.

Sumber : Viral Perak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button