SEMASA

C0vld-19 : 179 Kes Positif Dan Empat Lagi Kemati4n

Ini rekod covid-19 dari Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Baca selanjutnya di bawah.

Empat Kematian 179 Positif

Empat kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 5 petang, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 61 kes.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham berkata, sebanyak 179 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan sehingga kini dan menjadikan kes terkumpul, 3,662 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 99 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 48 pesakit menggunakan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media khas Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Bilangan pesakit yang telah sembuh adalah seramai 90 kes. Ini menjadikan 1005 kes telah sembuh atau 27.44% daripada jumlah keseluruhan kes.

Terdapat satu kluster daripada kes positif yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali (kes 1,580). Setakat ini, 37 orang disahkan positif daripada kluster itu termasuk 5 kematian (kes 1031, 1032, 1006, 2850 dan 2210) serta satu kes kritikal yg memerlukan bantuan pernafasan.

Kluster ini telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ketiga di Kuching, Sarawak. Setakat 5 April (12pm), 180 negara telah terjejas akibat COVID-19 dan sememangnya ada risiko kes import menular di negara ini. Justeru, amat penting masyarakat JUJUR beri maklumat jika:

1. Mempunyai kontak rapat dgn kes positif COVID-19.

2. Sejarah perjalanan ke luar negara atau

3. Kehadiran ke perhimpunan yang telah diumumkan KKM sebagai berkait rapat dgn penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. – Ketua Pengarah Kesihatan

Sumber : Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button