ARTIS

“Alhamdulillah, Syukur Dapat Kongsi Rezeki Bersama” – Isteri Abam Bocey Beri Bantuan Makanan Kepada ‘Frontliners’ Covid-19

Isteri kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, berkongsi rezeki menghulurkan bantuan makanan kepada ‘frontliners’ yang bekerja di sekitar Sabak Bernam bagi menangani wabak Covid-19.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG), Hidayah mewakilkan ahli keluarganya untuk keluar menghantar bungkusan tersebut di beberapa buah tempat.

“Syukur alhamdulillah dapat kongsi rezeki bersama, terima kasih keluarga ku tersayang. Terima kasih @farhana_2709 @zainuddin_94 @sirazmier @sitiaishah577 hantarkan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Hidayah tidak lupa untuk sedekahkan al-fatihah kepada arwah Abam yang meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.

“Al-fatihah (dibaca) buat arwah suami Syed Umar Mokhtar,” tulisnya lagi.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32 itu meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang berusia 10 bulan, Syed Uthman Hamzah Al-Juffery.

Sekadar makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.

Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 2,766 orang dengan 43 rekod kematian.

Justeru, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close