SEMASA

2 Dewan MAEPS Sudah Bertukar Jadi Pusat Rawatan COVID-19 Dalam Masa 4 Hari Je

Hanya dalam tempoh empat hari, dua dewan kosong berjaya diubah menjadi pusat rawatan serba lengkap, lapor BERNAMA.

Itu pencapaian yang direkodkan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dalam usaha bersama demi memerangi penularan COVID-19.

Apa yang lebih membanggakan, dewan berkenaan berjaya diubah sebagai pusat rawatan ketika PKP dikuatkuasakan.

Dua buah dewan yang masing-masing berukuran 9,600 meter persegi dan 3,600 meter persegi kini siap sedia dijadikan sebagai pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 yang mempunyai simptom ringan atau tidak mempunyai simptom.

Ia boleh memuatkan 604 pesakit pada satu-satu masa.

Dalam satu kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan pusat ini bakal menempatkan pesakit dari Lembah Kelang, Perak dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, dalam satu artikel yang diterbitkan portal Twentytwo13, Ketua Pegawai Operasi MAEPS Norafizah Rahman berkata pihaknya memang sudah mahir untuk mentransformasi dewan-dewan di bawah pengurusannya ini berdasarkan acara, seperti konsert dan pemeran automotif.

Tetapi beliau tidak menyangka, pihaknya berupaya untuk mengubahkan ruangan ini kepada pusat rawatan hanya dalam tempoh empat hari.

Sumber: BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close