SEMASA

Bekas Pesakit C0VID-19 Kembali Menyumbang Tolong Pesakit Lain, Sanggup Derma Darah

Biarpun pernah diuji dengan C0VID-19, perkara itu tidak menghalang mereka untuk berbakti dan memanjangkan kebaikan.

Begitulah kemurnian yang ditonjolkan oleh beberapa bekas pesakit C0VID-19 di negara ini yang tampil membantu untuk mendermakan darah mereka.

Perkara terbabit dilakukan bagi tujuan penyelidikan bagi merawat pesakit lain yang sedang melawan C0VID-19.

Menurut laporan MStar, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan yang ada beberapa kes pesakit telah sembuh dan keluar dari wad mahu menyumbang kembali dengan melakukan perkara terbabit.

“Setakat ni, memang kita ada beberapa kes pesakit yang telah sembuh dan discaj dari wad, mereka mahu menyumbang kepada (penyelidikan) sains.

“Jadi, mereka dermakan darah untuk penyelidikan,” katanya.

Namun begitu, sebelum mereka menderma darah, saringan akan dilakukan berkaitan jangkitan kuman lain seperti Hepatitis C.

“Kalau mereka sihat, kita akan lakukan ujian semula, dan kalau ujian didapati negatif (Covid-19), kita akan ambil darah mereka.

“Kita akan asingkan darah merah dan plasma… dan plasma itu kita akan hantar ke IMR (Institut Penyelidikan Perubatan) untuk buat kajian bagi melihat kepekatan antibodi tersebut.

Tambah beliau lagi, plasma tersebut akan dikaji semula.

“Selepas dikaji dan sekiranya antibodi tersebut adalah tinggi adalah besar kemungkinan boleh digunakan untuk merawat pesakit lain.

“Ada dua, tiga pesakit yang telah tampil untuk menyumbang kepada sains dan teknologi.

“Kita bersyukur dan berterima kasih kepada pesakit tersebut kerana mereka rela untuk membantu dalam kita melaksanakan penyelidikan sains untuk melihat kepekatan antibodi ini.

“Kalau kita boleh guna antibodi ini, kita boleh beri kepada pesakit,” katanya.

Sumber: MStar 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button