VIRALSEMASA

Jururawat Dedahkan Keadaan Sebenar Dalam Wad Kuarantin – “Kipas Dibuka Sepanjang Masa”

Baru-baru ini telah tular isu yang menyatakan bahawa kipas serta aircond tidak boleh dipasang kerana virus Covid-19 akan menjadi lemah kerana persekitaran yang panas.

Sungguhpun begitu, seorang jururawat KKM yang bertugas di salah satu hospital yang merawat pesakit-pesakit Covid-19 ini bertindak membidas kenyataan itu.

Menurut Rabiatul Adawiyah, kenyataan itu adalah tidak benar. Ini kerana virus tersebut tidak terjejas dengan suhu sejuk mahu pun suhu tinggi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

DIKUARANTIN KIPAS DAN AIRCOND TAK BOLEH DIBUKA? BERJEMUR PANAS UNTUK TAKNAK BAGI VIRUS SELESA?

Gambar hiasan

Terpanggil dengan isu yang viral dari pengalaman pesakit di mana telah diviralkan oleh page-page di muka buku.

Betul perasaan pesakit semasa dalam kuarantin amat sensitif. Pesakit dijauhkan dari family. Terkurung dalam 1 ward. Emosi sedih sakit semua di tanggung seorang diri. Tiada siapa boleh menemani mereka.

Kebanyakkan hospital kerajaan tiada ward yang tertutup yang boleh menempatkan 2 pesakit 1 bilik untuk isolate pesakit. Kecuali jika ada ward yang pesakit tibi or isolation ward ada, tapi bed yang hanya muat kan pesakit 2, 4 pesakit untuk kes-kes tertentu sahaja.

Disebabkan kes yang bertambah. Ward-ward biasa general ward dibuka untuk menempatkan pesakit Covid-19. Termasuk ward b. Yang dahulu yer wad patah or orthopaedic. Ward yang dulu pernah ada untuk isolation pesakit tibi sahaja yang ade partition wall.

Sepanjang pesakit ada di dalam ward

Gambar hiasan

Kipas dibuka sepanjang masa. Malah ward yang tertutup diventilasi dengan aircond. Ada sumbangan aircond untuk staff frontliner dan diletakkan di dalam ward pesakit Covid-19. Bukan semua ward mengunakan kipas ade ward yang juga mengunakan aircond.

Tiada istilah kipas dan aircond tak boleh bukak terpaksa berjemur kerana taknak virus selesa? Virus tak terjejas suhu sejuk atau suhu tinggi.

Soal barangan keperluan yang keluarga hendak kirim untuk pesakit alhamdulillah setakat kami menjaga pesakit tak putus kiriman family untuk diberi kepada ahli keluarga yang sedang dikuarantin. Kami sendiri yang akan berikan kepada pesakit dan menjadi runner untuk pesakit.

Maybe luahan bekas pesakit Covid untuk menyedarkan dan memberi awareness dekat semua rakyat Malaysia derita terkena penyakit ini hanya mereka sahaja yang tahu.

Bukan semua pesakit Covid-19 menunjukkan simptom

Bukan semua pesakit mengalami symptom yang teruk. Ramai yang tiada simptom dan sihat seperti biasa. Sebab tu ade pesakit yang boleh bergambar. Pesakit Covid-19 untuk kes yang kronik ade penyakit lain yang biasa akan mengalami simptom kronik, dan perlu dimonitor kan di icu.

Kami nurses, doktor frontliner yang menjaga pesakit Covid-19 mencuba untuk merawat dan selesakan pesakit dalam keadaan mereka dikuarantin jauh dari keluarga. Dalam keadaan kami berpakaian berlapis lapis berpeluh dari kepala hingga ke kaki kami mampu tersenyum dan berbual dengan pesakit kami. We treat patient like family.

Setiap kali terpandang wajah pakcik pakcik yang berada dalam ward tersebut b terbayang muka ayah b. Kalau ayah b berada dalam ward tu akan b cuba ceriakan dia bagi kata kata semangat dekat dia. Walaupun b tahu raut wajah mereka sedih mereka tertekan dengan isu ujian penyakit yang di alami.

Pesakit stress sebab berada di tempat yang sama terkurung. Jauh dari family. “Dalam hati mahu berlari keluar balik ke pangkuan keluarga. Ini yang diluahkan oleh salah seorang pesakit kami”. Mereka di uji dengan keadaaan begini. Tapi kami di uji dengan berjihad ke jalan mu ya ALLAH. Maafkan kami jika kami tidak cukup untuk memberi keselesaan di saat bencana ni.

Mungkin kami bukan terbaik tapi kami mencuba untuk berikan yang terbaik.

Jihad kami tak pernah berhenti. Doakan diberi kekuatan untuk semua frontliner diluar sana. Kami kuat untuk anda semua.

Sembuhkanlah mereka pesakit Covid-19. Semoga hilang virus Covid-19 ini di muka bumi Mu- Ya Allah.

Amin ya rabbal alamin.

Sumber: Rabiatul Adawiyah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button