SEMASAARTIS

Zul Yahya Buat Sedekah Lauk Percuma Setiap Hari Untuk Orang Ramai

Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ketika ini, ternyata turut memberi kesan ekonomi kepada ramai pihak.

Ada yang terpaksa mengikat perut kerana perbelanjaan keperluan yang tidak mencukupi ditambah pula dengan tanggungan isi rumah yang ramai.

Oleh itu, pelakon Zul Yahya mengambil inisiatif menyediakan lauk percuma bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Menerusi Instagram, Zul Yahya memaklumkan dia menyediakan lauk percuma setiap hari kepada orang ramai di hadapan restorannya itu. Hanya lalu dan ambil sahaja!

Kami tak berniaga, lalu dan ambil sahaja

Setiap hari ada satu lauk percuma untuk orang ramai

Moga secebis usaha Zul Yahya membantu golongan yang memerlukan ini diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah. Amin.

Sumber: zulyahya_steamboat_bbq

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close