VIRALSEMASA

Anak Mangsa Covid-19 Di Sepanyol Tunjuk Langit Memanggil Ibunya

Umum sedia maklum bahawa dunia sedang mengalami krisis wabak Covid-19. Penularan tersebut bukan sahaja mengganggu ekonomi dunia, malahan menyebabkan ramai yang kehilangan insan tersayang.

Tak faham ibu sudah tiada

Dalam satu perkongsian yang tular di media sosial, seorang pengguna Twitter telah memuat naik satu video seorang kanak-kanak di Sepanyol memandang ke langit sambil berkata bahawa ibunya berada di atas sana.

Sebenarnya, alasan tersebut adalah helah abangnya bagi memujuk adiknya setelah ibu mereka meninggal dunia kerana Covid-19.

Abang peluk adik dengan air mata

Dalam video itu juga, kanak-kanak tersebut bersungguh-sungguh menyatakan hal tersebut kepada si perakam sambil menunding jari kearah langit.

Diakhir video tersebut, pastinya suasana sebak dapat dirasa apabila abangnya yang juga masih kecil memeluk kanak-kanak itu  sambil menangis.

Sepanyol negara ke-3 tertinggi Covid-19

Berdasarkan maklumat terkini hari ini, Sepanyol telah mencatatkan kes positif Covid-19 melebihi 100,000 kes dan sudah mencecah 10,000 kematian dicatatkan.

Ini bermakna bahawa Sepanyol merupakan negara ke-3 teritnggi jumlah positif Covid-19 dibawah Amerika Syarikat dan Itali.

Sumber : ChocsberriesKKM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button