ARTISVIRAL

IG Live Bersama Pesakit C0VID-19 Yang Baru Kehilangan Bapa, Perkongsian Harris Annuar Cetus Pilu

Pelakon, Harris Annuar, ada berkongsi perbualannya bersama salah seorang pesakit C0VID-19 yang baru sahaja kehilangan bapanya juga kerana penyakit  sama di platform IG live miliknya.

Menurut Harris, bapa remaja tersebut merupakan mangsa kes kematian ke-3 korban wabak bahaya itu.

Tambahnya lagi, perkongsian ini amat memilukan kerana dirinya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya untuk berada di tempat remaja tersebut.

“Abang doakan yang terbaik untuk @tlhaa.taufiq, pesakit COVID-19 yang telah kehilangan ayahnya yang merupakan kes kematian ke-3.

“Hari ini abang rasa live yang sangat pilu sikit hati abang sebab tak tahu macam mana rasanya kalau saya kat tempatnya.

“Seorang yang kuat yang masih mampu senyum walau dugaan yang telah menimpa satu sekeluarganya,” tulisnya.

Klip tersebut dikongsikan oleh pemenang tempat ke-3 Hero Remaja 2017 itu di laman Instagram.

Dalam pada itu, Harris turut mendoakan semoga keluarga remaja tersebut diberi kesembuhan dan terus kuat menghadapi dugaan ini.


“Semoga dipermudahkan dan Allah memberi kesihatan kepada keluarga Talha dan semua. Amin!

“Siapa-siapa yang miss boleh tengok full conversation dekat live aku dan kalau ada sesiapa lagi yang mungkin tengah mengadap penyakit COVID-19 atai frontliners tolong DM saya, yelah manalah tahu mungkin boleh buat sesi sharing dekat live saya In sha Allah,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati selain turut menitipkan doa buat keluarga remaja tersebut.

Sumber: Instagram Harris Annuar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close