VIRAL

Berpeluh Naik Motor Cari Rezeki, Pakcik Grab ‘Rendam’ Ais Di Muka Hilangkan Panas

Tidak kira dalam cuaca hujan atau panas, golongan yang bekerja sebagai penghantar pesanan pasti cuba sedaya upaya untuk sampai di hadapan pintu pelanggan.

Selepas mengharungi kesesatan jalan dan keletihan, mereka mengambil sedikit masa untuk menghilangkan dahaga sebelum meneruskan perjalanan mencari rezeki.

Perkara itu seperti dilakukan seorang pakcik ini yang duduk di sebuah warung bagi menghilangkan cuaca panas apabila ‘merendam’ wajah dan kepalanya dengan kesejukan ais di dalam gelas.

Video pakcik tersebut yang dipercayai dirakam di Indonesia, memaparkan sebuah gelas berisi teh ais dipegang sebelum ‘dituam’ sekitar wajah dan kepalanya bagi melegakan kepanasan.

Sedang orang lain bekerja dalam penghawa dingin dan penuh keselesaan, beliau melakukan pengorbanan yang dianggap tidak ternilai itu apatah lagi ketika usianya sudah semakin lanjut.

Rakaman berdurasi 19 saat itu dikongsi seorang pengguna Facebook sebelum tular dan menerima reaksi warganet yang rata-rata mengaminkan doa agar perjuangan seorang bapa akan dibalas dengan syurga oleh Allah SWT.

Sumber : Facebook

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button