SEMASA

Wanita sebak ayah baru meninggal sebab Covld-19, keluarga pula semua sah positif

Setiap kali melihat perkembangan terbaru mengenai virus Covld-19 di Malaysia, runtunya hati ini apabila mendapat tahu bahawa angkat kematian dan jangkitan semakin bertambah.

Kita yang masih terselamat daripada virus pembunuh ini juga turut sedih, apatah lagi perasaan ahli keluarga waris korban Covld-19.

Menerusi perkongsian di Facebook seorang wanita yang dikenali sebagai Norazeean Tahir, yang baru sahaja kehilangan bapa tercinta setelah dijangkiti, kini berdepan dengan satu lagi dugaan. 

Ayah antara mangsa Covld-19

Di dalam entrinya, Norazeean memaklumkan pada 20 Mac iaitu pada hari Jumaat, ayahnya telah dikejarkan ke hospital Muar dan berada di zon merah ICU selepas disahkan Covld-19.

Pada 23 Mac pula, ibunya pula disahkan positof Covld-19 dan segera dikejarkan ke Hospital Permai bagi membuat rawatan lanjut dan dikuarantin.

Pada 25 Mac, iaitu pada hari Rabu tarikh keramat di mana satu berita yang amat menyedihkan buat wanita itu, apabila  dimaklumkan bahawa bapanya telah meninggal dunia.

Dugaan demi dugaan, pada 26 Mac dia bersama suami dan anak kecil mereka telah disahkan positif Covld-19 dan kini semua ahli keluarga terpaksa dikuarantin dan dirawat.

Begitu besar dugaan wanita ini, tidak tergambar dengan kata-kata apabila luka di hati setelah kehilangan ayah belum reda, kini ujian lain pula menimpa. Semoga Norazeean dan keluarga diberikan kesembuhan dan ketabahan.

Sumber : Norazeean Tahir

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button