Kesian ayah, 3 bulan tanam jagung, masa tuai ramai tak beli sebab Covld-19
Sememangnya ketika ini ramai yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakkan bagi membendung penularan pendemik Covid-19.
Walaupun akur dan faham dengan usaha kerajaan membendung wabak maut ini dari terus menular, namun melihat insan-insan yang mencari rezeki dengan berjualan makanan dan barangan secara kecilan tidak mempunyai pendapatan pastinya terasa sebak.
Kesian ayah. 3 bulan struggle tanam jagung. Duit tak pernah cukup. Penat, berpanas setiap hari. Umur nak 50 dah. Sekarang time tuai tak ramai beli sbb covid 19 ni. pic.twitter.com/HPCvMrwPrf
— haqeem (@ikmalnurhaqeem) March 30, 2020
Kasihan lihat ayah
Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang berasa kasihan melihat ayahnya yang menanam jagung terpaksa berhadapan dengan kesulitan untuk menjual hasil tanaman pertamanya itu.
Jagung baru tuai, tapi tiada pembeli sebab Covid-19
Menurut Haqeem, bapanya telah berusaha menanam jagung selama tiga bulan. Namun, apabila hasil sudah boleh dituai, tidak ramai yang membeli berikutan Covid-19 yang melanda.
Terima kasih kepada yang sudah membantu
Walau bagaimanapun, setelah posting Haqeem tular, banyak pihak telah menghulurkan bantuan bagi memasarkan jagung hasil kebun bapanya. Salah satu yang sudi membantu adalah dari Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA).
Oleh itu, dia mengucapkan terima kasih kepada FAMA serta warganet yang menularkan perkongsiannya itu sehingga mendapat perhatian ramai pihak.
Dia juga sempat memberitahu sesiapa yang ingin mendapatkan jagung boleh menghubungi terus bapanya kerana itu sahaja yang termampu untuk dirinya membantu bapa dalam kesulitan ketika ini.
Sumber : ikmalnurhakim