SEMASA

Teruskan duduk di rumah, jumlah sembuh Covid-19 sudah hampir mencecah 1,000 kes

Sidang media Perkembangan Covid-19 di Malaysia hari ini memaklumkan bahawa terdapat 4 kes kematian yang dilaporkan sehingga jam 5 petang.

Seramai 150 kes baharu positif Covid-19 turut diberitahu dengan 99 kes berada di ICU. 55 daripada itu memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sudah ramai yang sembuh

Walau bagaimanapun, pada hari ini juga sudah 915 orang disahkan sembuh daripada Covid-19 dengan 88 kes dibenarkan pulang pada hari ni.

Menurut KKM lagi, seramai 49,570 telah menjalani saringan termasuklah seramai 3,483 kes sudah disahkan positif COvid-19.

2 minggu paling getir

Dalam sidan media itu juga, Ketua Pengarah Kesihatan turut memaklumkan bahawa tempoh 2 minggu iaitu fasa kedua PKP ini adalah satu tempoh yang sangat penting dalam memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan sepenuhnya.

Sumber : KKM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close