SEMASA

Alhamdulillah, Gelandangan Tepi Jalan Kini Tidur Dalam Dewan Selepas Diselamatkan Kerajaan

Ketika kerajaan mengumumkan pelbagai bantuan untuk rakyat, nasib gelandangan juga mendapat perhatian setelah ada individu yang bertahun-tahun tinggal di jalanan.

Atas dasar kemanusiaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membantu kira-kira 510 gelandangan bagi ditempatkan di dua pusat transit dan empat pusat komuniti sekitar ibu kota termasuk memberi keperluan harian seperti makanan.

Tanpa mengira agama dan bangsa, lokasi tersebut dijadikan penempatan sementara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu golongan sihat warganegara, gelandangan bermasalah sakit berjangkit, mental dan penagihan dadah serta bukan warganegara.

Sebelum tinggal di penempatan sementara itu, golongan gelandangan perlu menjalani saringan kesihatan bagi memastikan mereka bebas dari jangkitan wabak. Namun, tiada kes positif dalam kalangan mereka dilaporkan setakat ini.

Jauh di sudut hati mereka, memang bersyukur tak terhingga. Kalau dulu makan hanya tunggu bantuan dan tidur di atas lantai, kini mereka jalani hidup lebih baik dengan usaha DBKL serta kerajaan.

Sumber : Bernama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close