SEMASA

‘Saya Dah Puas Hidup’ – Warga Emas Men1nggal Enggan Pakai Ventilator Beri Keutamaan Pesakit Muda Covld-19

Berada pada tahap pandemik, Covid-19 telah mencecah lebih sejuta kes seluruh dunia menyebabkan peralatan perubatan tidak berupaya menampung keperluan pesakit. Seorang warga emas 90 tahun di Belgium sanggup berkorban demi kepentingan pesakit lain yang lebih muda, sekaligus merelakan dirinya meninggal dunia.

Korban diri untuk orang lain

Menurut laporan media Belgium 7sur7, Suzanne Hoylaerts meminta doktor memberi laluan giliran ventilator atau alat bantuan pernafasan untuk pesakit lebih muda. Suzanne disahkan positif virus itu dan diletakkan dalam kuarantin, namun menolak alat itu yang mungkin boleh menyelamatkan nyawanya.

Saya tak mahu pernafasan bantuan. Bagi saja pada pesakit muda. Saya dah puas hidup.

Suzanne dari Binkom, Belgium mengalami kekurangan oksigen sebelum kematiannya dan sangat memerlukan rawatan rapi. Dia meninggal dunia pada 22 Mac lalu, 2 hari selepas dimasukkan ke hospital. Dia sebelum ini mempunyai sejarah radang paru-paru pada 2019.

Tak sempat ucap selamat tinggal

Anak Suzanne, Judith berkata ibunya itu mengambil serius mengenai kawalan pergerakan dan tinggal bersendirian sebelum dimasukkan ke hospital. Tambah Judith lagi mendiang meminta dia tidak menangis kerana telah melakukan segalanya untuk si ibu.

Apa yang tambah terkilan buat Judith, dia tidak sempat mengucapkan selamat tinggal untuk orang tuanya itu sebelum pergi buat selamanya.

Saya tak boleh ucapkan selamat tinggal untuk terakhir kali buat ibu, apa lagi untuk hadiri pengebumiannya.

Belgium setakat ini melaporkan 12 ribu kes Covid-19 dengan lebih 700 kematian. Alat bantuan pernafasan yang kurang turut memberi kesan kepada Amerika Syarikat yang mengundang pertikaian kakitangan perubatan mengenai tahap kesiapsiagaan menangani pandemik.

Sumber: Complex

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close