SEMASA

OKU Warga Emas Tersugul Sayu Menunggu Bantuan Kerna Hidup Sebatang Kara

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh pihak kerajaan, sudah tentunya memberikan seribu satu kesan terhadap aktiviti serta rutin harian setiap golongan masyarakat di Malaysia.

Oleh itu, kerajaan bersedia meringankan beban rakyat yang dihadapi sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan dengan menghulurkan bantuan dari pelbagai aspek dan jenis bantuan kepada semua peringkat penduduk di Malaysia.

“Ada dengar dalam berita…”

Namun, sudah pastinya ada segelintir pihak yang pastinya terlepas pandang oleh badan-badan tertentu semasa mengagihkan bantuan kepada orang ramai.

Ini ialah senario yang terpaksa dihadapi oleh seorang warga emas yang juga OKU yang dikenali sebagai Ibrahim Shahid

“Ada dengar dalam berita di televisyen kata kerajaan nak bagi bantuan (berikutan Perintah Kawalan Pergerakan), tapi setakat ini (bantuan) belum sampai lagi.” Katanya.

Ada wang sendiri beli keperluan harian!

Menurut laporan Harian Metro, warga emas yang berusia 80 tahun itu berkata dia kini menerima bantuan beras lima kilogram dan minyak masak daripada anak didiknya untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Gambar hiasan

Hanya mengengsot untuk bergerak, berkata dia masih mempunyai wang untuk membeli barang keperluan harian, jika tidak menerima bantuan kerajaan. Jelasnya lagi, bantuan bulanan sebanyak RM350 diterima daripada JKM yang cukup menampung perbelanjaan bulanan di samping jiran-jiran akan membantu untuk membelikannya.

Sebelum ini dia mencari rezeki sebagai nelayan di Tasik Kota Tampan Air dengan menggunakan sampan bantuan kerajaan. Malah sebelum itu dia juga pernah mengajar  mengajar al-Quran dan Fardu Ain  sekitar tahun 1968 hingga 1998.

Sumber: Harian Metro. 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button