SEMASA

Baju Basah Lencun & Wajah Lesu Kepenatan Jadi Bukti Pengorbanan ‘Frontliner’ Covid-19

Umum sedia tahu bahawa Covid-19 di Malaysia dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Walau bagaimanapun, kegigihan serta tenaga perubatan yang cekap membolehkan lebih daripada 300 orang sudah sembuh daripada Covid-19.

Pengorbanan para petugas kesihatan ini sememangnya harus dihargai kerana mereka terpaksa berkorban tenaga serta masa bersama keluarga demi negara.

Dua minggu bertugas tanpa henti

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang frontliner apabila menzahirkan rasa lega apabila dapat berehat buat seketika selepas dua minggu mengerah kudrat mengendali pesakit-pesakit yang dijangkiti Covid-19 di Hospital Sungai Buloh.

Menerusi Twitter seorang pengguna dikenali sebagai Mohamad Asri, gambar yang disertakan adalah hari terakhirnya bertugas sebelum kumpulan lain pula akan mengendali Covid-19 ini.

Muka lesu, baju lencun

Dalam gambar-gambar yang disertakan, dapat dilihat wajah yang lesu serta baju yang basah kuyup bermandi peluh kerana memakai sut khas lengkap ketika mengendali kes Covid-19.

Dalam muat naiknya juga, dia memaklumkan bahawa kumpulannya akan berada jauh daripada persekitaran wabak tersebut dalam tempoh dua minggu.

Doa buat rakan2 dan pesakit agar terus kuat

Diakhir tweet tersebut, Asri mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang meninggalkan komen-komen positif kepadanya. Dia turut mendoakan agar rakan-rakan sejawatnya untuk terus kuat menghadapi cabaran dalam tugasan.

Doa agar kesihatan pesakit di hospital turut dititipkan agar mereka lekas sembuh daripada wabak Covid-19 ini.

Sumber : Mohamad Asri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button